Wednesday, 20 May 2015
Sekadar Renungan
Seorang kanak-kanak perempuan sedang memegang dua biji buah epal.
Ibunya menghampiri dan meminta:"Boleh bagi ibu sebiji epal itu?"
Kanak-kanak tersebut melihat sejenak muka si ibu, lalu menggigit sebiji epal dan seterusnya menggigit sebiji epal yang satu lagi.
Ibu tersebut hanya dapat tersenyum melihat gelagat anaknya walau pun jauh di sudut hatinya ada perasaan kecewa.
Tidak lama selepas itu, kanak-kanak tersebut menyerah sebiji epal tersebut kepada ibunya sambil berkata:" Nah..ibu ambil yang ini ya..kerana yang ini lebih manis!"
**Tidak kira siapa anda, berapa banyak pengalaman serta pengetahuan yang ada, jangan terus membuat keputusan...menjatuhkan hukum. Yang tersirat kita tidak tahu. Apa yang kamu lihat tidak semestinya apa yang kamu sangka.**
Labels:
agama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


Yang benar dari Allah dan yang silap adalah kelemahan saya sendiri..jika ada kekurangan sila perbetulkan.
ReplyDeletein sya Allah, semoga anda diberkati.
ReplyDelete